LATAR BELAKANG POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta, PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River yang sekarang telah bertukar menjadi Kolej Vokasional Slim River.
PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 april 2003.
Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
- PENGENALAN
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan sebuah Politeknik yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dipermulaan abad ke-21. Ia merupakan politeknik yang ke-15 di negara ini dan didaftarkan dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (sebelum ini dikenali dengan nama Politeknik Tanjong Malim). Di antara tujuan penubuhan PSAS ialah untuk membina upaya baharu politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti.
Kini PSAS mempunyai 6 buah Jabatan iaitu :
· Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
· Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
· Jabatan Perdagangan (JP)
· Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
· Jabatan Matematik Dan Sains (JMSK)
· Jabatan Pengajian Am (JPA)
Selain itu, PSAS hanya menawarkan kursus Diploma dan Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) .
- PIAGAM PELANGGAN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
1. Melaksanakan dan memantau pembelajaran dan pengajaran berteraskan kurikulum Bahagian Pengurusan Politeknik (BPP).
2. Memberikan perkhidmatan kebajikan pelajar yang efesyen dan efektif.
3. Memastikan pembangunan fizikal berfungsi dan memenuhi keperluan kurikulum.
4. Memastikan staf yang kompeten dan mempunyai pengetahuan yang terkini melalui program latihan berkaitan.
5. Melaksanakan sistem pengurusan berkualiti selaras dengan Standard MS ISO 9000.
6. Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efektif dan efisyen.
- VISI
PSAS berazam menjadi institusi pendidikan dan latihan separa Profesional terulung di Malaysia.
- MISI
PSAS beriltizam untuk memberi pendidikan dan latihan separa Profesional yang berkualiti melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitaran yang kondusif; bagi memenuhi keperluan modal insan dan tenaga kerja yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
UNIT ICT
Unit ICT terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu Bahagian Rangkaian Kampus, Bahagian Sistem Maklumat, Bahagian Penyelenggaraan dan Baikpulih Komputer dan Bahagian asset dan Perolehan.
Antara tugas di Bahagian Rangkaian Kampus adalah mengurus dan mentadbir rangkaian kampus (Local Area Network (LAN),Controller Area Network (CAN)) dan internet, perkakasan rangkaian serta memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar kepada staf dan pelajar PSAS tentang apa-apa sahaja berkaitan dengan rangkaian.
Di Bahagian Sistem Maklumat pula, antara tugasannya adalah membangunkan aplikasi dan sistem yang diminta oleh pengguna serta mengurus dan mentadbir portal PSAS, Sistem Rekod Surat PSAS serta aplikasi lain yang dibangunkan. Selain itu, mengurus system e-Perolehan, e-SPKB, HRMIS, PMIS dan lain-lain aplikasi kerajaan yang digunakan oleh pentadbiran PSAS dan memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar kepada staf dan pelajar PSAS tentang apa-apa sahaja berkaitan dengan sistem maklumat.
Selain itu, di Bahagian Penyelanggaraan dan Baikpulih Komputer pula adalah mengurus segala laporan kerosakan dan membaiki kerosakan komputer jika boleh diperbaiki serta berunding dengan pihak pembekal sekiranya kerosakan tidak dapat diperbaiki oleh Juruteknik komputer PSAS.
Akhir sekali adalah di Bahagian Aset dan Perolehan iaitu mengurus dan menyelenggara segala pembelian, penerimaan dan merekod aset ICT PSAS.
HALA TUJU ORGANISASI , VISI , MISI , PIAGAM PELANGGAN , OBJEKTIF , MOTTO , LOGO
Mewujud dan menerapkan budaya ICT dikalangan warga PSAS.
Unit ICT berazam untuk cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi kepada PSAS.
1. Menyelesaikan aduan pengguna tentang kerosakan komputer dan masalah berkaitan ICT yang lain (tertakluk kepada jenis kerosakan yang tidak melibatkan perolehan alat ganti atau perkhidmatan pembekal luar) dalam masa 3 hari.
2. Memberi taklimat, kursus atau latihan berkaitan ICT (atau aplikasi-aplikasi baru) mengikuti keperluan pelanggan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Memastikan server dan rangkaian boleh beroperasi pada tahap kebolehcapaian 90% setiap hari. Sebarang masalah berkaitan dengan server dan rangkaian akan diambil tindakan dan masa pembaikan bergantung kepada masalah yang dihadapi.
4. Memberi khidmat nasihat mengenai perkara yag berkaitan dengan teknologi maklumat kepada pengguna.
Memberi perkhidmatan ICT untuk keperluan dan aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di PSAS.
‘ICT PENCETUS KEMAJUAN INTELEK’

- Visi
Mewujud dan menerapkan budaya ICT dikalangan warga PSAS.
- Misi
Unit ICT berazam untuk cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi kepada PSAS.
- Piagam Pelanggan
1. Menyelesaikan aduan pengguna tentang kerosakan komputer dan masalah berkaitan ICT yang lain (tertakluk kepada jenis kerosakan yang tidak melibatkan perolehan alat ganti atau perkhidmatan pembekal luar) dalam masa 3 hari.
2. Memberi taklimat, kursus atau latihan berkaitan ICT (atau aplikasi-aplikasi baru) mengikuti keperluan pelanggan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Memastikan server dan rangkaian boleh beroperasi pada tahap kebolehcapaian 90% setiap hari. Sebarang masalah berkaitan dengan server dan rangkaian akan diambil tindakan dan masa pembaikan bergantung kepada masalah yang dihadapi.
4. Memberi khidmat nasihat mengenai perkara yag berkaitan dengan teknologi maklumat kepada pengguna.
- Objektif

- Motto
‘ICT PENCETUS KEMAJUAN INTELEK’