- PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20 minggu dari 1 Disember 2014 hingga 17 April 2015.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen,Perak (PSAS) kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di sana. Tidak lupa juga kepada semua juruteknik yang turut membantu dan memberikan tunjuk ajar, dan juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan pelatih yang telah banyak membantu diri saya samada secara langsung mahupun tidak secara langsung dari segi teknikal atau kemahiran kepada saya sepanjang tempoh latihan saya.
Penghargaan khusus saya tujukan kepada semua kakitangan di Unit Teknolgi Maklumat yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada diri saya selama saya menjalani latihan. Segala ilmu pengetahuan yang telah di berikan telah pun saya karyakan ke dalam blog laporan ini sebagai tatapan kepada pembaca, serta tanda penghargaan saya kepada pihak PSAS.
Disamping itu, tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau kerana berusaha untuk menempatkan diri saya ke pusat Latihan Industri, terutamanya kepada Encik Affan dan Puan Afni (Penyelaras Latihan Industri Teknologi Maklumat). Tidak di lupakan juga penghargaan ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana selama sayamenjalani Latihan Industri telah banyak memberi semangat, nasihat dan dorongan serta membantu saya dari segi kewangan pengangkutan.
Blog laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di PSAS . Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilnya blog laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Politeknik Balik Pulau untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap blog Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.
- PENGENALAN
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta. Tempoh yang ditetapkan kepada pelajar-pelajar untuk menjalani Latihan Industri di sesebuah firma ialah selama enam bulan.
- PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
…………………………
Nama Pelajar : Nur Hazirah binti Hazizi
No.Pendaftaran : 21DIP13F1039
Disahkan oleh
............................
( )
- PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri atau secara umumnya ialah latihan secara praktikal yang telah diwajibkan keatas semua pelajar semester empat adalah salah satu syarat untuk lulus dan memiliki Diploma Pengaturcaraan apabila tamat pengajian di Politeknik Balik Pulau kelak.
Objektif latihan industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar di kilang, firma, kontraktor dan sebagainya. Ia juga adalah bertujuan supaya pelajar dapat menanamkan semangat kerja secara berpasukan dan membuat perhubungan baik di antara pekerja. Tujuan latihan industri ini juga adalah untuk mengaitkan teori yang dipelajari dan disesuaikan kepada praktikal. Walaupun ada dikalangan pelajar yang pergi ke latihan industri tidak berkaitan namun ilmu dalam latihan itu turut membantu pelajar semasa berkerja kelak. Objektif lain juga adalah supaya pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan ketika bekerja dan juga dapat membina keyakinan diri sendiri ketika berada di dalam sebuah syarikat dan sebagainya.
Pendahuluan
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik dan dilaksananakan pada semester empat diploma atau di semester enam bagi program yang telah dikenalpasti bagi menjalankan Latihan Industri Semester Akhir (LISA). Ianya adalah merupakan proses penempatan pelajar di mana-mana organisasi sama ada di jabatan kerajaan atau organisasi swasta bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum dianugerahkan diploma.
Objektif Latihan Industri
Program Latihan Industri dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut:
1. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang masing-masing.
2. Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para professional dari pelbagai bidang.
3. Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi professional.
4. Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
5. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kawasan pengajian.
6. Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada aplikasi kejuruteraan, teknologi, pengurusan terkini dan masa depan.
7. Memantapkan ilmu, teknik dan kemahiran menggunakan peralatan moden dalam bidang yang diceburI.
8. Membina semangat dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat membina sifat amanah dan tanggungjawab
dalam melaksanakan tugas yang diberi
Objektif Laporan Latihan Industri
Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi
Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :
i. Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
ii. Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya membahagikan masa dengan sebaiknya.
iii. Melahirkan pelajar yang bijak mengurus, merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
iv. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial.
v. Memahami aspek-aspek pengurusan dan penyeliaan dalam persekitaran kerja.
vi. Melatih pelajar menghasilkan laporan yang padat, tepat dan berkualiti.
vii. Memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran komputer yang dipelajari.
viii. Laporan Latihan Industri juga berperanan untuk dijadikan bukti atau dokumen sokongan ketika menghadiri sesi temuduga sebenar kelak.
Kepentingan Latihan Industri
Tanpa latihan industri, seseorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakal pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilaluinya sebelum ini.
Dengan adanya latihan industri, pelajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerana telah memiliki pengalaman bekerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh di dalam bidang yang diceburi. Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman di dalam bidang yang telah dipilih.
Program yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini. Lantaran tu, pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari pekerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.