KESIMPULAN
Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di PSAS di Unit ICT pelatih telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas di syarikat ini secara tidak langsung, pelatih juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan dalam syarikat. Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelatih sebagai pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi, pelajar juga dapat mengenalpasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar.Ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan kerja yang kreatif, kreatis serta berkualiti.
Sepanjang tempoh latihan di Unit ICT pelatih dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan syarikat ini. Walau bagaimanapun kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki. Prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran memainkan peranan penting bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap Perancangan, penyelarasan dan kawalan adalah penting bagi menyelaraskan semua tugas. Sesebuah organisasi yang mantap dan cemerlang mesti efisyen dan efektif dalam membuat sesuatu keputusan dan perancangan dan ini merupakan prinsip utama dalam sesebuah pengurusan organisasi. Melalui Latihan Industri ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai sepanjang latihan yang dijalankan selama 20 minggu ini. Oleh itu, dapat disimpulakan bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelatih sepanjang latihan ini sangatlah berguna dan perlu di manfaatkan pada masa akan datang. Latihan sebegini juga telah dapat dan akan melahirkan seorang graduan yang berpengatahuan dan berkeperibadian yang tinggi.