TUGASAN 1 : CURRICULUM INFORMATION DOCUMENT ONLINE SYSTEM (CIDOS)
Sepanjang saya menjalani latihan industri di Unit Teknologi Maklumat di PSAS, saya telah diberi tugas untuk mengambil maklumat pelajar yang telah mengisi borang CIDOS yang telah disediakan di kaunter pertanyaan di Unit Teknologi Maklumat.
Seterusnya saya menggunakan Microsoft Office Excel untuk mengumpul data pelajar-pelajar yang telah mengisi borang tersebut untuk di e-mailkan kepada pegawai yang menyelenggara sistem CIDOS ini.
TUGASAN 2 : MEMBUAT PENETAPAN PADA KOMPUTER DAN KOMPUTER RIBA SEWAAN
Seterusnya, saya juga telah diberi tugas untuk membuat penetapan pada komputer dan komputer riba sewaan yang baru untuk diedarkan kepada para pensyarah dan staf sokongan.
Antara penetapan yang dilakukan adalah seperti menghubungkan domain psas.behrang dan menukar nama komputer.
Mengaktifkan akaun administrator dan menetapkan kata laluan yang telah diberi.
Membuat pembahagian memori pada komputer dan komputer riba.
Pemasangan perisian seperti Winrar, K-Lite Codec Media Player, Mozilla FireFox, Flash Player, Google Chrome dan Certificate 1govuc Mail.
Mengaktifkan Window 7 dan Microsoft office pada komputer sewaan.
Selain itu, membuat penetapan 1govuc mail untuk pensyarah dan staf sokongan untuk Microsoft Office Outlook.
TUGASAN 3 : MEMBUAT PENETAPAN PENCETAK DAN MENUKAR DAKWAT PENCETAK
Selain diberi tugas untuk membuat penetapan pada komputer sewaan dan menguruskan pendaftaran CIDOS, saya juga telah didedahkan dengan cara-cara bagaimana untuk membuat penetapan pada pencetak di sini. Saya juga membantu juruteknik di sini dalam proses pembaikan dan penetapan pencetak.
Antara gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa kerja penetapan dijalankan
Antara gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa kerja penetapan dijalankan
Gambar di bawah menunjukkan antara kerja-kerja yang telah saya lakukan bersama juruteknik semasa menukar dakwat pencetak jenis OKI B431dn+ dan OKI B731 di Bilik Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
TUGASAN 4 : MENGEMASKINI DATA/MAKLUMAT PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DALAM PERISIAN JOOMLA!
Saya juga ditugaskan untuk mengemaskini maklumat pensyarah dan staf sokongan di Politeknik Sultan Azlan Shah dengan menggunakan perisian JOOMLA! iaitu maklumat mengenai nama, jawatan, email dan nombor talian untuk sambungan.
Perisian JOOMLA! telah memenangi anugerah sistem pengurusan kandungan ( CMS ) , yang membolehkan anda untuk membina laman web dan aplikasi dalam talian yang kuat . Banyak aspek , termasuk yang mudah -guna dan diperpanjang , telah dibuat Joomla paling popular perisian laman web yang ada . Yang paling menarik, Joomla adalah satu penyelesaian sumber terbuka yang boleh didapati secara percuma untuk semua orang.
Perisian JOOMLA! telah memenangi anugerah sistem pengurusan kandungan ( CMS ) , yang membolehkan anda untuk membina laman web dan aplikasi dalam talian yang kuat . Banyak aspek , termasuk yang mudah -guna dan diperpanjang , telah dibuat Joomla paling popular perisian laman web yang ada . Yang paling menarik, Joomla adalah satu penyelesaian sumber terbuka yang boleh didapati secara percuma untuk semua orang.
Untuk mengemaskini data, saya perlu log masuk seperti di bawah.
Seterusnya, saya mengemaskini data pensyarah dan staf sokongan seperti di bawah.