KOMEN & CADANGAN
Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang ditempatkan di Unit ICT. Seperti biasa setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya, begitu juga dengan latihan industri ini.
Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding keburukkannya. Dengan adanya latihan ini, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu saya dapat belajar cara bercampur dengan golongan yang berbeza dan ini meningkatkan keyakinan saya dalam berkomunikasi serta menjadikan saya lebih matang apabila dapat berkongsi pendapat, nasihat dan sebagainya semasa bergaul.
Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara teori di politeknik kepada amali di sini. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman saya dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya yang berkaitan dengan rangkaian komputer khususnya.
Latihan industri ini juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian. Hal ini memudahkan saya untuk mencari pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. InsyaALLAH.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan pihak pengurusan politeknik menambah lebih banyak lagi jam kredit untuk menjalankan amali di dalam modul bagi setiap semester. Ini adalah kerana saya dapati bahawa apa yang dipelajari secara amali lebih mudah berbanding teori. Hal ini secara tidak langsung juga dapat membantu pemahaman teori pelajar. Ini kerana saya menjalani latihan industri barulah saya dapat rasa betapa kerdilnya dan sikitnya pengetahuan saya selama ini.
Selain itu juga, jika dilihatkan masa sekarang sesebuah syarikat lebih memandang tinggi seseorang yang mempunyai pengalaman jika dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai pelajaran tanpa pengalaman ataupun seseorang yang mempunyai mata gred peperiksaan yang tinggi. Dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa pendidikan secara amali adalah merupakan sesuatu yang sama penting dengan pendidikan secara teori dan ianya boleh menjadi batu loncatan untuk para pelajar pergi jauh lagi kerana latihan industri adalah satu lonjakan paradigma kepada perkembangan minda.
Saranan dan Cadangan untuk Pihak Syarikat
1. Pihak syarikat perlulah menambahkan lagi bilangan pekerja yang ramai untuk setiap kumpulan kerja.
2. Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan peralatan yang baru.
3. Pekerja-pekerja seharusnya memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik ketika bekerja bersama-sama dengan pelatih.
4. Membuat kajian terhadap kemampuan suasana tempat kerja samada ia mampu memberi kesinambungan pelatih dan pekerja tetap.
5. Pekerja yang diambil mempunyai kelayakan yang sesuai dengan bidang yang diceburi.
6. Pihak syarikat perlu bertanggungjawab terhadap pelatih sekiranya pelatih dalam keadaan pekerjaan yang rumit perlu di bantu.
7. Pihak syarikat perlulah mengizinkan pelatih membuat kerja dengan seorang juruteknik untuk bantuan pertolongan dalam pekerjaan.
Saranan dan Cadangan untuk Pihak Politeknik
1. Pihak Politeknik dengan pihak syarikat perlu menjalankan kerjasama yang baik dan sentiasa berganding bahu dalam menjayakan latihan industri yang dibuat.
2. Program latihan industri ini perlu diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja banyak memberi faedah kepada siswa dan siswi malah juga kepada pembangunan Negara dari segi penyedian tenaga pekerja mahir.
3. Para pelatih sepatutnya diberi sedikit penerangan atau gambaran mengenai kerja-kerja yang bakal dilakukan dan dijalani mengikut bidang masing-masing.
4. Pihak Politeknik perlu mengadakan perjumpaan khas antara siswa siswi senior yang telah menjalani latihan industri bagi memberi penerangan.
5. Pihak Politeknik perlu mengubah Program Latihan Industri dari Semester empat ke Semester akhir supaya pelatih mudah mendapat kerja pada masa akan datang selepas tamat Latihan Industri.
6. Pihak Politeknik perlu mengambil tahu terhadap pelatih yang mengalami kesulitan di tempat Program Latihan Industri.
7. Pihak Politeknik perlu memberi cadangan dan masa yang panjang untuk menyediakan tempat Latihan Industri bagi pelatih mengikut tempat tinggal pelajar masing – masing.